|
NUTP dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia.
NUTP adalah kesatuan yang ditubuhkan untuk guru-guru oleh para guru pada tahun 1974. Ia adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK).
Matlamat
NUTP sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru
dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap
perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.
Ia juga berjuang untuk meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi
sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan
sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam
memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, NUTP juga berusaha untuk
meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.
Perjuangan Semasa
1. Senioriti Bukan Siswazah BS 3 tahun perkhidmatan diberi 1 tahun senioriti di DG41/DG44/DG48
2. Tempoh kenaikan pangkat time-based dipendekkan kepada 5 tahun.
|