|
1. Penggunaan "Time-Slip"
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada surat tuan
bil.KP(PP)00696/3(40) bertarikh 1 Disember 2009 mengenai perkara diatas:
Untuk makluman tuan, kemudahan cuti atau selepas bagi tujuan mendapat
kemudahan rawatan perubatan tiada diperuntukkan dalam Perintah Am atau
Pekeliling Perkhidmatan atau Surat Pekeliling Perkhidmatan atau Surat
Edaran yang berkuatkuasa. Urusan mendapatkan rawatan perubatan adalah
merupakan persendirian pegawai. Sehubungan dengan itu, pegawai hendaklah
mengunakan kemudahan Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji
mengikut mana-mana yang layak diberikan kepadanya.
2. Guru Tidak Perlu Menulis Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Merujuk kepada Surat Pekeliling KP.Sulit(NPT)0048/GLD.9(24)
bertarikh 11 Oktober 2003,guru dalam bilik darjah tidak perlu menulis
SKT kecuali kaunselor dan kepimpinan sekolah. Walaupun pekeliling ini
merupakan arahan Kem.Pelajaran Malaysia ( KPM) namun demikian masih
terdapat segilintir Pengetua/Guru Besar yang ingkar perintah ini dan
tetap mengarah guru menulis SKT. Pengetua / Guru besar ini harus diberi
amaran keras.
|